jump to navigation

Sedamai Rimba Menghijau… December 18, 2007

Posted by luccadjiwa in Nukilan @ Cerpen, Revolusi.
trackback

Aku kembali. Kembali memasuki hutan di belakang rumahku. Hutan yang menjadi kawasan permainanku di zaman kanak-kanak. Pohon-pohon Gelam Mas masih banyak kelihatan. Masih seperti dahulu, cuma saiz lilitan yang bertambah besar. Ya. Pohon-pohon itu juga membesar seiring dengan pertambahan usiaku. Dan kehadiran rimbunan semak-samun yang menghijau benar-benar melengkapi ekosistem hutan ini. Saling memerlukan. Pepohon besar menjadi tempat berteduh bagi semak-samun. Manakala rimbunan semak-samun tersebut boleh dianggap sebagai hiasan kepada pepohon yang lebih besar. Bagiku, persekitaran rimba yang menghijau merupakan pemandangan yang sugguh mengasyikkan. Keindahannya mampu membuatkan aku lupa seketika pada keserabutan minda. Tenang. Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan ketika itu.

Secara spontan, ingatanku kembali terarah kepada nostalgia zaman kanak-kanak. Zaman yang dipenuhi keriangan dan keseronokan. Zaman di mana aku masih belum mengenal erti ketakutan sepenuhnya. Dan juga tidak mengetahui erti kegagalan dalam sebuah kehidupan. Keluar masuk ke dalam hutan pada ketika itu seolah-olah menjadi rutin harian hidupku. Pada kebiasaannya, aku masuk ke dalam hutan pada waktu petang setelah selesai mengaji Al-Quran di rumah Tok Guru. Aku tidak pernah menghiraukan nasihat ibuku agar tidak masuk ke dalam hutan. Rasanya sudah berbuih-buih ibuku memberi nasihat, namun semuanya aku tidak endah. Mungkin kerna aku seorang anak yang degil. Keras kepala barangkali. Tetapi semua itu cerita lama. Kedegilan tersebut beransur-ansur hilang apabila diri ini memasuki fasa remaja.

Aku masih ingat hingga saat ini. Di hutan inilah, aku mengutip buah gajus bersama teman-temanku. Biji gajus yang diperolehi kemudiannya dibakar sebelum dimakan. Bagiku, rasanya sungguh enak walaupun kadangkala ianya hangus terbakar. Oh. Ada satu lagi aktiviti yang biasa aku lakukan. Aktiviti mengutip buah kemunting. Bersusah-payah masuk jauh ke dalam hutan semata-mata ingin mengutip buah ini. Kembali ke rumah hanyalah setelah seplastik buah kemunting berjaya dikutip. Kadangkala aku gemar meletakkannya ke dalam peti ais sebelum memakannya. Pelik kan? Haha.

Dan satu perkara yang tidak akan kulupakan. Hutan inilah yang menjadi dunia imaginasiku. Aku merasakan seolah-olah aku menjadi raja di hutan ini. Lagak sebagai seorang raja rimba. Semua penghuni tunduk hormat kepada diriku. Kononnya aku mampu berinteraksi dengan haiwan, unggas, pokok, serangga dan segala isi perut rimba ini. Sadis kan? Mungkin kerna aku telalu banyak menonton cerita Tarzan. Hingga terbawa-bawa ke dunia realiti.

Satu lagi kenangan yang tidak bisa kulupakan. Aku pernah terserempak dengan sekumpulan pemuda berjudi di hutan ini. Ketika usia sementah itu, aku sukar mengerti apa yang cuba dilakukan mereka. Bermain daun terup di celah-celah pepohon dalam hutan itu. Hanya beralaskan kertas suratkhabar dan berbumbungkan langit. Bermain dan terus bermain di situ tanpa menghiraukan masa yang berlalu. Alpa. Seolah-olah hilang arah tuju hidup. Tiada matlamat dalam hidup. Entahlah. Biarkanlah mereka dengan dunia mereka sendiri. Aku tidak mahu ambil peduli.

Oh. Ada satu lagi. Di hutan ini, tedapat sebatang anak sungai. Namun, aku tidak pernah berani menghampirinya kerna aku percaya di situ terdapat buaya. Ya. Buaya yang sering diceritakan oleh ayahku. Namun, hingga saat ini aku tidak dapat memastikan kebenaran cerita itu. Lantaklah. Lagipun sungai itu tidaklah bersih sangat. Malah tidak sesuai untuk mandi-manda kerna terdapat pokok-pokok bakau berdiri megah di tebing sungai itu. Jadi, aku membiarkan sahaja misteri kewujudan buaya di sungai tersebut. Pasti misteri itu akan terungkai suatu hari nanti. Biarlah masa yang menentukannya.

Dan satu lagi. Yang terakhir. Aku juga pernah membuat lastik. Kononnya untuk melastik burung-burung yang berterbangan di dalam hutan tersebut. Namun setelah ianya siap, aku tidak pernah menggunakannya. Malah tidak pernah belajar untuk menggunakannya. Entahlah. Mungkin kerna aku tidak sampai hati untuk melastik burung. Seringkali timbul rasa kasihan pada burung-burung yang bebas berterbangan. Mereka terlalu naif untuk diseksa sedemikian rupa. Akhirnya, aku hanya sekadar menyimpan lastik tersebut di dalam laci almari. Membiarkan ia usang dimamah anai-anai.

Tamat.

Comments»

1. zuriaf - December 18, 2007

bukan kau duduk kat pantai batu burok ke…?? camne leh ade hutan lak kat situ..?? ke semak samun yang secara tak langsung membentuk hutan…

hahaha…

aku rasa dulu kau meminati tarzan lebih daripada superhero yang lain la…muahahaha….

2. luccadjiwa - December 18, 2007

erk.. pantai batu buruk tu dekat ngan umah aku duk skang laa… hutan yg aku maksudkan tu adalah hutan di kampungku… di besut… hehehe…

3. zuriaf - December 18, 2007

owhh..begitu kaa….

4. kasih - December 18, 2007

camne rupenye pokok gajus ek??? lain kali leh la kasi tnjk gambo die..

5. yginsaf - December 18, 2007

kenangan lama menusuk jiwa..

6. pandagumuk - December 18, 2007

thatha masa silam :(

7. pjoe - December 18, 2007

gajus bakar!
wahhhh
bakar dengan pasir
lazat!

dude..
ni no aku

0172152497

8. z[A] - December 18, 2007

ouh..seronotnyew..ade hutan blakang umah..ske..ske..hikhik~

9. aria-ayumi - December 18, 2007

eheh. letak buah kemunting dlm peti sejup? err.. buah kemunting tu ape yek? palie ni msti hyper active ms kecik2 dedulu. macam tarzen :D

10. aresbahar - December 19, 2007

Kau pernah buat lastik tapi tak pernah gunakannya?

aku tak pandai buat lastik.

aku hanya beli di kedai.

dan dengan lastik harga seringgit itu bukan sahaja burung malahan semua binatang termasuk juga orang aku lastik.

11. HaRiZ - December 19, 2007

eh buah kemunting tu ape? sedap ka? ape rase die…aku x pernah makan itu buah…

Buah gajus VS kelapa sawit bakar…mane lagi sedap? hahah

12. heartbeat - December 19, 2007

penah kutip biji getah?

13. erm - December 19, 2007

aku nk ase buah kemunting jgk…

14. broken_nigina - December 19, 2007

gua pon biasa masuk hutan..
tapi bukan lepas mengaji,sebelom..
untuk ponteng..

15. chot - December 19, 2007

salam aidiladha… :>

16. palie - December 19, 2007

kasih – erkk.. x penah jumpa buah gajus? mesti x penah duk kampung ni…

yginsaf – ya.. sometimes kite kena ingat gak kenangan2 lama ni.. best layan…

pandagumuk – sukar untuk lupakan kenangan lama…

pjoe – btul tu… bakar guna pasir… tapi kekdg tu aku bakar terus kat unggun api… tu yg hangus tu… hahhaa…

za – best tu best gak… tetapi kekadang risau gak… binatang buas banyak… hehehe…

aria-ayumi – susah nak terangkan buah kemunting tu camne? err.. try laa search kat google…
hyper active? mungkinlah kot…

aresbahar – yupp… aku penah wat sendiri lastik tu.. susah-payah masuk hutan semata-mata nak cari dahan bentuk Y tu…

hariz – alala… ni sorg lagi x kenal lagi yg x kenal buah kemunting.. kesiannya…

heartbeat – semestinya penah… laga biji getah sangat best… tapi malangnya di area kampungku ni tiada kebun getah… hanya ada di area kampung sepupu di bukit payung…

erm – nak rasa buah kemunting? datang laa sini… tapi aku x pasti ada x lagi skang ni? heheehe…

broken nigina – erk… aku x suka ponteng walaupun aku anak yang degil… hehehe….

chot – salam aidiladha gak…

17. Along Arman - December 21, 2007

sElamat tinggal dunia kanak-kanakku… hukhuk.. (“,) s0nok bila tErkEnangkan zaman kanak²…

18. syazamarya - December 24, 2007

blakang rumah ade hutan? seryes? bestnye.

19. luccadjiwa - December 24, 2007

along arman – biasa laa tu kan… mesti nak gelak sorg2 bila teringat kenangan zaman kanak2…

syazamarya – yupp… tp x setebal dulu laa… dah banyak yg kena tebang… sedihnye…

20. lesbian penguin - December 24, 2007

???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.