jump to navigation

Selamat Tidur Bintang Malamku… December 13, 2007

Posted by luccadjiwa in Love @ Cinta, Nukilan @ Cerpen, Revolusi.
trackback

Cuaca malam ini agak dingin. Mungkin kerna penangan hujan yang belum reda hingga saat ini. Aku cuba melelapkan mata. Namun tidak berjaya. Entahlah. Sepasang mata ini terasa begitu segar untuk dipejamkan. Sedangkan lampu kalimantan sudah lama kupadamkan. Aku bergelapan dalam suasana sekeliling yang gelap gelita. Aku sememangnya suka dengan suasana kegelapan ini. Seperti ada sesuatu yang menarik di sebaliknya. Malah terasa mudah untuk memperolehi ketenangan melaluinya. Malah, bagiku suasana gelap ini mampu membangkit perasaan romantik yang terpendam dengan dalam jiwa. Ah. Apabila teringat romantik, pasti diri ini teringat dengan cinta. Huh. Nampaknya terpaksalah aku melayan perasaan di malam yang sunyi ini. Mungkin ianya membantu diriku dalam proses melelapkan mata.

Cinta adalah sesuatu yang kompleks. Cinta memang mudah diluahkan atau dipertuturkan melalui kata-kata. Tetapi, sejauh manakah keikhlasan kata-kata cinta yang diluahkan itu? Bagiku, cinta melibatkan proses pengenalan, permasalahan, penyelesaian serta kesudahan. Kompleksiti dalam menghuraikan erti cinta menyebabkan sesetengah insan malas berfikir mengenainya. Malah menyerahkan sepenuh hatinya kepada takdir. Sepertimana yang kita semua maklum, cinta ini bukanlah sesuatu yang boleh dirancang perjalanannya. Malah tiada sesiapapun yang mampu menduga atau meramal nasib seseorang dalam percintaannya.

Cinta ini banyak kategorinya. Cinta kepada Tuhan kekal selamanya. Cintakan diri sendiri adalah dengan tidak melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri. Cinta kepada keluarga adalah berkorban sedaya upaya untuk kesenangan bersama. Cintakan alam dan haiwan adalah memelihara serta memulihara dari kepupusan atau kebinasaan. Manakala cintakan kekasih amat besar ertinya serta amat merbahaya. Yang pastinya, hayatilah cinta yang hadir dengan penuh keikhlasan serta berlandaskan kejujuran. Ingatlah. Cinta yang sejati seharusnya tidak berkait rapat dengan darjat atau kekayaan. Ianya perlu lahir dari hati yang benar-benar tulus ikhlas. Tiada paksaan dalam percintaan. Semua insan tahu tentang itu. Aku juga percaya bahawa cinta ini mampu mengubah situasi/keadaan serta dapat mencetus revolusi dalam diri seseorang. Ada sesetengah orang berubah sikap secara drastik semata-mata kerna cinta. Seolah-olah cinta ini mampu memberikan satu semangat atau kuasa ghaib dalam diri seseorang. Hinggakan ada yang sanggup berkorban serta mengalir air mata darah kernanya.

Nampaknya cukup setakat ini coretan cintaku. Hanya sekadar luahan revolusi cinta dalam jiwa sendiri. Aku bukanlah seorang revolusioner, aktivis, ekstrimis ataupun intelektual. Cuma sekadar menerapkan nilai-nilai kesedaran sebagai perkongsian minda bersama. Mungkin kalian di luar sana lebih arif mengenainya. Diskusi. Yup. Diskusi itulah medium tradisi kita dalam memecahkan persoalan sesuatu isu. Ayuh berdiskusi !

Advertisement

Comments»

1. bulus-san - December 13, 2007

cintakan keamanan yang ada…
jauhi rusuhan, demonstrasi jalanan, tunjuk perasaan…
itu bukan budaya kita…

2. luccadjiwa - December 13, 2007

wah en bulus-san… cepatnya sungguh kamu melontarkan komen… x sampai seminit aku post entry ni…

3. nina - December 13, 2007

cinta itu buta tapi jgn dibutakan oleh cinta.

*saya mengarut. hehe. tgh sakit gigi. xleh bukak mulut. rasa nak gile*

4. khairulnizambakeri - December 13, 2007

Cinta memang rumit.

5. brokenn - December 13, 2007

lagu C.I.N.T.A-xpdc memang best..

6. erm - December 13, 2007

cinta itu indah kalo kte hayati bkn dicemari

7. Along Arman - December 13, 2007

apa itu cinta?

8. pjoe - December 13, 2007

cinta bisa menghancurkan
cinta juga bisa menggembirakan

cinta bisa melumpuhkan
cinta juga bisa memberi sinar

cinta buat manusia gila
namun cinta juga buat manusia bahagia

jom kita tengok air mata diana!
hahahaha

9. azrul - December 13, 2007

yang menghancurkan itu bukan cinta. yang menyakitkan itu bukan cinta. yang kata bahawa cinta itu pedih, itu bukan cinta.

10. chivv - December 14, 2007

nice entry…sebak rasanya bila baca entry ni. lebih2 lagi, time ni jiwa tgh kacau!

bila baca ni, tatau la cinta yg ada kat dlm diri ni, kategori mana.

atau, ada ke cinta?

11. zuriaf - December 14, 2007

aku rasa cam malas nak bagi komen yang bernas lepas baca entri ni…

cinta is complicated…itu je yang mampu aku komen…

12. chezzy cheese - December 14, 2007

yup… love is complicated.. no further question ask..

rasenya ‘sayang’ tu lg penting dari ‘cinta’ tul dak?

13. 4g1rlt3lls4ll - December 14, 2007

aku nak komen.. tapi cam panjang.. better simpan untuk entry sendiri.. haha

14. iziana - December 14, 2007

aku chenta dia
kadang2 saket
kadang2 bahagia
huahuahua

15. tiramissu - December 14, 2007

Ok. Aku ada baca buku tajuknya chicken soup for the soul. aku teringat petikan ayat dlm buku tu

“Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang kadang kala sukar utk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan”

16. Along Arman - December 14, 2007

“Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang kadang kala sukar utk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan”

yap! mungkin ada hikmah disEbalik kEhilangan cinta itu.. mungkin kita akan tEmui cinta sEjati.. rEdha dEngan apa jua yang tErjadi..

17. armyzx - December 14, 2007

cinta buatan manusia cinta yg selalu kan berakhir dengan air mata… cinta yg Azzali cinta yg selalu berakhir dengan redhaNya……

p/s: biar lemas dgn cinta jangan mati lemas..(pantai timur banjir nie :) )

18. nota.kematian - December 15, 2007

.C.I.N.T.A. itu suatu yang subjektif.

19. nina - December 15, 2007

“just because it hurts,.. doesnt mean that it’s love”

betul x?

“even if u r as strong as samson, i bet u still need ur own corner to cry”

uh, yg ni cam x kene dgn entri je.. hehe..

20. aria-ayumi - December 15, 2007

C stands for Cinta.

C also stands for Comel.

so, cinta is comel. :P

21. yginsaf - December 16, 2007

cinta x semestinya bersatu..

salam pagi ahad

22. z[A] - December 16, 2007

aku nk cinta tp bukan skarang..huawawa~

23. luccadjiwa - December 17, 2007

bulus-san – yeah… hidup aman !!

nina – best gak ayat tu…

khairulnizambakeri – yupp… memang rumit andainya kite x selami makna sebenarnye…

broken – oh.. lagu tuh ke? mmg sgt best..

erm – itu semestinya…

along arman – cinta itu berbeza definasinya… bergantung pada individu tersendiri…

pjoe – bro… lu mmg hebat berkarya… lebih2 lagi dlm menulis lirik…

azrul – satu lagi komen yg bernas…

chivv – erk… jiwa kacau ke? no komen… setiap org pasti melaluinya…

zuriaf – jangan bermalas-malasan bro… buka minda.. luahkan yg terbuku…

chezzy cheese – sayang vs cinta? entahlah… x pasti yg mana lebih utama…

4g1rlt3lls4ll – emm… x baik kedekut ilmu.. hehehe…

iziana – yupp… cinta memang perlukan pengorbanan… untuk mengecapi kebahagiaan…

tiramissu – thanx for sharing kata2 itu…

armyzx – nasihat yg berguna ni… kena ingat ini…

nota.kematian – yap… btul tu…

aria-ayumi – pandangan yg berbeza ni… hehehe…

yginsaf – tq untuk lawatan ke blog ini… salam perkenalan…

z[A] – nanti2 cinta tu datang laa…

24. aria-ayumi - December 18, 2007

palie! tahniah. hehe :D

25. kasih - December 18, 2007

love is so……….complicated!!! manusia mmg suka utk dicinta dan mencintai..ttp kdg2 terlalu pyh utk melafazkan cinta itu..terpulangla bgimana seseorang itu menilai cintanya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.